Budgerigar juga secara tidak rasminya dikenali sebagai budgie, adalah sejenis nuri kecil, berekor panjang dan pemakan bijiran. Ia adalah satu-satunya spesis dari genus Melopsittacus yang berasal dari Australia. Budgerigar liar boleh dijumpai di seluruh bahagian kering di Australia, di mana spesis ini hidup di dalam keadaan tanah pedalaman yang sukar sejak lima juta tahun yang lepas.
Jantina budgie dapat dikenalpasti hanya melalui satu cara iaitu dengan melihat warna pada “cere” (Cere ialah bahagian atas mulut Burung Baji yang seakan-akan hidung).”Cere” budgie muda, berumur di bawah 8-12 bulan kelihatan hampir sama iaitu warna merah jambu cerah atau ungu.
Burung Baji / Budgie Betina – “Cere” berwarna putih/biru cair, tan atau coklat.
Manakala Burung Baji / Budgie Jantan -
i) “Cere” berwarna biru atau biru keunguan bagi varieti biasa sahaja.
ii) “Cere” ungu cerah atau merah jambu (tidak berubah selepas matang) berlaku bagi jenis “recessive pied”, “lutino/albino“, “cledark-eyed ar“, “lacewing“, dan “fallow“
Jika budgie anda berumur kurang daripada satu tahun, kaedah-kaedah di atas tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti jantina budgie. “Cere” biasanya bermula untuk berubah sebelum umur satu tahun tetapi nampak agak samar-samar. “Cere” budgie muda boleh berubah kepada warna jantina yang berlainan apabila telah mencapai kematangan seksual yang lengkap ketika berumur 1 tahun. Walau bagaimanapun jika “cere” budgie muda anda menampakkan ciri-ciri warna coklat, anda boleh yakin bahawa ia adalah betina. Jantina budgie juga boleh dikenalpasti melalui tingkah laku. Budgie jantan biasanya menggoyangkan kepala, bernyanyi , dan biasanya lebih aktif manakala budgie betina biasanya pendiam dan agak garang dengan budgies lain dalam sangkar, dan jarang sekali menyanyi. Budgie betina juga biasanya membuat bunyi yang kuat manakala budgie jantan hanya membuat bunyi yang kuat ketika menyanyi.

Untuk keterangan lanjut mengenai Burung Baji / Budgie, korang boleh rujuk dekat laman web Southernbirds.Wordpress (segala info yang dinyatakan memang cukup lengkap).
Cuba2
BalasPadam